SELAMAT DATANG KE PORTAL LINUS2.0 PPD PONTIAN

Logo

Pejabat Pelajaran Daerah Pontian berdasarkan tulisan khat yang berbunyi Pendidikan Pontian. Ia direka oleh En. Hak B. Sulaiman pada tahun 1985. Warna biru pada logo melambangkan perpaduan dikalangan warga pendidik.

LOGO BARU
PPD Pontian
( Digunakan Secara Rasmi Mulai 14 Februari 2009 )
Majlis Pelancaran : 14 Februari 2009 - Hotel Katerina Batu Pahat, Johor
 
 
KETERANGAN LOGO
 
PENGENALAN: 
 
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mula ditubuhkan pada tahun 1982. Idea mereka bentuk logo PPD dihasilkan sepuluh tahun berikutnya. Antara lain, logo ini mengandungi tiga gabungan unsur yang melibatkan aksara, warna dan rupa. Setiap unsur tersebut memberikan pengertian dan makna yang berfokuskan tanggungjawab dan peranan PPD/PPG di Malaysia. 
 
PENGERTIAN RUPA 
  1. Buku dan Kalam Kedua-dua peralatan ini menjadi instrumen utama dalam melaksanakan program pendidikan Negara. 
  2. Jalur empat berserta anak panah Jalur ini menggambarkan kesepaduan empat kaum utama iaitu Melayu,Cina, India dan kaum-kaum lain dalam memainkan peranan ke arah kecemerlangan pendidikan. Setiap PPD atau PPG mempunyai kesepakatan dalam memartabatkan pendidikan demi kesejahteraan warganegara Malaysia. 
  3. Bulan dan Pecahan 14 Bintang Lambang ini menggambarkan 14 buah negeri di Malaysia dan agama Islam sebagai agama rasmi. 
 
PENGERTIAN WARNA 
  1. Warna Biru Tua ( berjalur empat ) Setiap warganegara Malaysia seharusnya menanam sikap cinta akan ilmu. 
  2. Warna Biru Muda ( rupa buku ) Pendidikan berkesan lazimnya bermula pada usia yang masih muda atau sejak zaman kanak-kanak lagi. 
  3. Warna kuning ( bulan dan bintang ) Negara Malaysia yang berdaulat 
 
PENGERTIAN AKSARA 
 
* PPD : Pejabat Pelajaran Daerah 
* PPG : Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah & Sarawak )
* Nama PPD : Diperjelaskan di bawah logo mengikut PPD masing-masing